Beza Cupcake vs Muffin 
Sebagaimana yang diterangkan dalam tulisan terdahulu, cupcake adalah kek kecil yang comel-lote dan dihiasi dengan pelbagai cara (icing, frosting, dll).  Tepung yang digunakan biasanya tepung naik sendiri atau tepung kek, maka tekstur lebih ringan dan lembut.  Cupcake dibuat menggunakan mentega dan ia sangatlah manis.

Muffin pula kekadang manis (tapi tidak semanis cupcake) dan kekadang diberi perisa lain.  Biasanya ia dibuat menggunakan tepung gandum, oleh itu tekstur muffin lebih padat dan mengenyangkan.  Muffin juga biasanya dibuat menggunakan minyak sayuran dengan kandungan lemak (minyak dan susu) dan telur yang kurang berbanding dengan cupcake.



Berbeza dengan muffin, di mana bahan basah dan bahan kering dicampur  secara berasingan terlebih dahulu sebelum diadun bersama, cupcake dimulakan dengan campuran bahan kering (gula) dengan bahan berlemak (mentega) untuk membentuk adunan yang berkrim. 

Cara Membuat Cupcake
Banyak resepi cupcake boleh diperolehi dengan mudah mengikut citarasa dan bajet masing-masing.  Tetapi jika ingin cepat, kami cadangkan anda merujuk kepada DVD Panduan Bisnes Cupcake Dari Rumah oleh Puan Shida yang telah membantu ramai peniaga cupcake di seluruh negara.  Melalui DVD tersebut, anda bukan sahaja dapat mempelajari teknik membuat cupcake dengan resepinya sekali, tetapi juga teknik menghias cupcake yang cantik-cantik belaka.  Penulis juga mempunyai akaun FB dan mudah dihubungi untuk maklumat lanjut.

Bisnes Cupcake dari rumah

 * Penghantaran segera menerusi Poslaju.

Sementara itu, di sini kami kongsikan resepi paling mudah ini untuk anda cuba sendiri di rumah.

Resepi Cupcake ‘Chocolate Chip’ Debab
Bahan-Bahan:
7 sudu besar mentega (telah lembut)
½ cawan gula halus
2 biji telur
¾ cawan tepung naik sendiri (yang telah diayak)
½ cawan cip coklat (semi-sweet)

Cara:
  • Panaskan ketuhar 375ºF/190ºC.  Letakkan 8 kertas/mangkuk cupcake (saiz besar) ke dalam loyang cupcake/muffin.
  • Pukul mentega dengan gula dahulu sehingga kembang, kemudian masukkan tepung.  Selepas itu, masukkan telur satu persatu, dan pukul sehingga sebati.  Akhir sekali, tambahkan cip coklat ke dalam adunan dan gaul.
  • Bakar di dalam ketuhar selama 20-25 minit. 
Untuk pelbagai lagi teknik yang hebat dan terbaik, silalah rujuk DVD Panduan Bisnes Cupcake Dari Rumah oleh Puan Shida. Highly recommended buat mereka yang serius mahu mempelajari dan menjadi pakar dalam membuat cupcake yang bukan saja sedap tetapi juga menarik dipandang. 



Bisnes Cupcake Dari Rumah