Panduan Buat Muffin
8:47 PM
Muffin merujuk kepada kuih atau produk bakery yang biasanya disediakan dalam cawan khas dan mempunyai rasa yang manis dan sedap. Ia boleh datang dalam pelbagai perisa seperti jagung, pisang, blueberry dan sebagainya. Anda boleh mencarinya dengan mudah di kedai-kedai bakery berdekatan tapi AWAS jangan terkeliru antara muffin dan cupcake! Kedua-duanya sedap dan dihidang dalam cawan khas akan tetapi ada beberapa perbezaan yang wujud antara kedua-duanya.
Beza Muffin Dan CupCake
Bagi mereka yang biasa makan cupcake dan muffin pastinya tahu bahawa cupcake jauh lebih manis dari muffin. Oleh itu, yang takut dengan kencing manis dan diabetis, lebih baik anda makan muffin dari cupcake ya :D Lagipun, untuk saiz yang sama, selalunya muffin dijual pada harga yang lebih murah dari cupcake.
Namun, ramai yang berpendapat yang cupcake lebih comel dari muffin dan oleh kerana rasanya yang lebih manis, ia lebih digemari oleh kanak-kanak. Berbeza dengan muffin, cupcake pula adalah sebenarnya sejenis kek. Ia adalah kek di dalam cawan.
Dari segi tekstur pula, muffin punyai tekstur yang lebih keras dan padat. Ia tidak mempunyai topping seperti krim dan sebagainya. Oleh kerana kepadatannya itu, ramai yang setuju bahawa muffin adalah lebih mengenyangkan dari cupcake. Cupcake dibuat dalam bentuk yang gebu dan lembut dan dijual dengan krimnya yang pelbagai warna dan bentuk. Nampak cupcake lebih cantik dengan pelbagai corak dan topping. Akan tetapi, tidak semestinya ia adalah pilihan majoriti pembeli. Sebagaimana yang disebut di atas, muffin juga punyai pelbagai keistimewaanya. Oleh itu, bila mahu membeli/memakan, kena tepuk dada dan tanya selera...
Asal Usul Muffin
Muffin ini dikatakan berasal dari United Kingdom atau lebih tepat lagi England. Namanya dikatakan mula popukar pada tahun 1703 dan disebut sebagai "moofin". Ia dikatakan merujuk kepada bentuk makanan tersebut itu iaitu "kek kecil".
Membuat Muffin
Oleh kerana muffin disediakan dalam cawan khas, maka kita perlu menyediakan cawan tersebut terlebih dahulu. Ini boleh dibeli dari kedai-kedai pembekal barangan bakery atau pasaraya tertentu. Cawan ini biasanya dibuat dari kertas, foil atau silicone dengan bahagian tepi beralun-alun untuk memudahkan anda semua mengeluarkan muffin yang sudah masak dari cawannya.
Cawan-cawan ini dan intipati muffin akan dimasukkan dalam "muffin pan" atau bekas masak mufin yang khas juga sebelum dipanaskan dalam oven.
Cara Membuat Muffin
Ada pelbagai resepi muffin yang boleh anda gunakan untuk membuat muffin bergantung pada citarasa anda. Untuk jalan mudah, kami cadangkan anda merujuk kepada DVD Panduan Membuat Muffin oleh Puan Shida yang telah membantu ramai peniaga muffin di seluruh negara.
Bahan-Bahan Membuat Muffin
Antara bahan-bahan utama untuk membuat muffin termasuklah:-
tepung gandum
baking powder
soda bicarbonate
susu segar
minyak sayur/jagung
telur gred
esen vanilla
gula halus
chocolate chips (untuk hiasan)
Resepi Chocolate Chips Muffin
Satukan dan kemudian ayakkan 250 g tepung gandum bersama 2 camca teh baking powder, 1/2 camca teh soda bicarbonate dan 2 camca besar serbuk koko. Tambahkan 175 g gula halus dan 150 g chocolate chips. Gaul kesemuanya hingga rata.
Dalam pada itu anda juga perlu satukan 250 ml susu segar, 90 ml minyak sayur/jagung, 1 biji telur gred A dan 1 camca teh esen vanilla. Kacau hingga rata.
Campurkan kedua-dua campuran di atas dan gaul rata sehingga semua sebati dan mesra.
Masukkan bancuhan muffin tadi ke dalam cawan muffin. Jangan penuh! Cuma 3/4 penuh sahaja. Untuk hiasan, taburkan chip coklat ke atasnya. Letakkan dalam muffin pan dan masukkannya dalam oven.
Bakar pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di makan. Ia lebih sedap bila sejuk. Selamat mencuba.
Untuk pelbagai lagi teknik yang hebat dan terbaik, harap anda semua rujuk kepada DVD Panduan Membuat Muffin oleh Puan Shida. Highly recommended buat mereka yang serius mahu mempelajari dan menjadi pakar dalam membuat muffin ini.
Post a Comment