Saya memang amat menyukai kek coklat. Maka, tidak hairanlah perut semakin hari semakin boroi ni. Namun, untuk berhenti makan kek coklat bukanlah perkara yang mudah. Bila sudah minat (atau ketagihan?), asyik termimpi-mimpi sahaja akan makanan ini. Hendak buat kek coklat bukanlah susah. Yang penting ada cukup kelengkapan termasuk oven dan pengisar telur. Selebihnya, terpulang pada diri sendiri sahaja. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jom makan kek coklat. #Sedap.